Rabu, 11 Januari 2012

Kisah Hidup Aku II

Aku baru sahaja balik dari sekolah.Hari ini aku belajar tentang erti persahabatan.Pertama kali Aku mengenal ramai pelajar2 baru,pertama kali juga aku mengenali peraturan di sekolah ini.Hari ini genap sudah sesi orientasi terhadap kami terutamanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 1.Minggu pertama dalam persekolahan akan bermula pada esok hari.sungguh berdebar debar rasanya ingin mempelajari ilmu-ilmu di sekolah tersebut.
Jam menunjukkan pukul 6:00 p.m.Semua pelajar asrama ditegaskan untuk bergumpul di dewan makan.Aku mencari kelibat kawan aku yang bernama Nurul tetapi batang hidung nya pun aku tidak nampak.Aku bertanya kepada rakan sebilik aku yang lain.Rupa-rupanya Nurul balik kampung tanpa memberitahu aku.Aku berasa hairan begitu cepat Nurul balik padhal minggu ini belum lagi tiba minggu balik.Aku pergi ke bilik warden untuk menanyakan hal yang berlaku.............Cikgu Hasmin adalah warden di dalam sekolah kami.Tok..tok...tok..Aku mengetuk pintu bilik warden...sila masuk...Cikgu menyuruh aku masuk..o kamu rupanya Ayu..ada apa..blh cikgu bantu kamu..Maafkan saya cikgu,saya ada perkara yg ingin saya tanyakan...Apakah yg kamu ingin tanyakan?soal cikgu Hasmin...Maafkan saya sekali lagi cikgu..Saya ingin menayakan soal kawan saya yang bernama Nurul cikgu...Cikgu kenapa Nurul awal balik padahal ini belum tiba masanya minggu balik..Cikgu Hasmin tampak diam..Ayu..Nurul balik kerana Ayah dan ibu dia kemalangan..Aku terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Cikgu Hasmin...Bagaimana keadaan Ayah dan ibu Nurul Cikgu?Aku bertanya terus bertanya.Cikgu pula hanya mendiamkan diri,seolah -olah tidak mahu memberitahu aku.Ayu Cikgu akan beritahu kamu bila cikgu ada kelapangan masa ok.Aku beredar dari Bilik Warden dan terus ke dewan makan.
Jam 7:30 pagi..Hari ini semua pelajar Smk Agama berkumpul di depan Dewan kerana ada perhimpunan sekolah.Perhimpunan sekolah itu diadakan setiap hari Rabu dan kami ditegaskan untuk pergi mendengar ceramah dari pengetua dan lain.Tanpa berlengah lagi kami semua menyanyikan lagu kebangsaa iaitu Lagu Negaraku..Sarawak..dan lagu Smk Agama.Kemudian setelah selesai nya kami menyanyikan lagu2 tersebut,perhimpunan sekolah pun dimulakan dengan Bacaan Doa dan seterusnya pengawas menjemput pengetua untuk berucap.kami mendengar ceramah dari pengetua begitu kusyuk sekali.kemudian setelah selesainya ceramah dari Pengetua,pengawas pun naik ke pentas dan menjemput Cikgu Hisyam untuk memberi sepatah dua kata dalam ceramahnya..Cikgu Hisyam Ingin mengumumkan bahawa setiap kelas2 akan d berikan bidang academik dan bukan academik.Nama akan diletakkan d papan tanda.Dan selain itu  aktiviti-aktiviti skolah seperti Bersukan,kelab dan lain2 akan d umumkan cikgu kemudian.Setiap Rumah2 sukan akan di tulis d papan tanda sekolah Agama.....

Selasa, 10 Januari 2012

Kisah Hidup Aku

Di subuh yang sunyi dan segar aku terlena di buai oleh mimpi2 yang indah.Azan berkumandang di telinga menandakan solat bagiku,dan aku harus menunaikannya.Aku bangun walaupun masih ada bibit2 malas di dalam diriku.sebagai umat Islam aku harus menunaikan solat.
Aku bangun lantas menggapai tuala yang tersidai di sidai.Tanpa berlengah lagi Aku terus masuk bilik mandi.Seperti biasa Aku membaca lafaz  "Bismillahirrahmanirrahim" "dengan namaAllah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" sebelum aku melemparkan air ke badanku.Itu adalah cara yang sukar aku abaikan,memang rutin seharian aku.Aku selesai mandi .Aku menggapai pakaian aku di dalam almari.Setelah selesai memakai pakaian,tanpa berlengah lagi aku terus mengambil air wuduk di dalam kamar mandi.Dengan menadahkan tangan aku membaca doa wuduk.Aku terus menuju ke Sejadah aku dan mengaturnya ke arah qiblat.Lafaz "Bismillahirrahmanirrahim"sentiasa menjadi kata2 aluan ku dan Niat solat subuh tidak aku lupakan."Sahaja aku menunaikan solat subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taa'la".Di pengahiran solat ku, Aku menadah tangan dan Berdoa kepada Allah s.wt untuk mengampuni segala dosa2 aku dan dosa2 ibu bapaku dan semua dosa2 kaum muslimin dan muslimat mahupun yangmasih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Pagi yang cerah udara yang segar membuat aku merasa mensyukuri nikmat Allah yang Allah berikan.Bulan sudah menengelami bumi manakala Matahari terbit bersinar mengganti Bulan.Begitulah kuasa Allah ang tidak dapat kita tandingi.
Jam menunjukkkan pukul 9.00 pagi.taligon bimbitku berdering sedang ku mengenangkan peristiwa yang berlaku terhadap aku.Aku menggapai talifon bimbitku.Ku melihat nama yang tertera di bimbitku.Nama yang tertera adalah 'Nana'.Aku menjawab panggilan itu.Aku teringat dengan gurauan Nana zaman kecil dahulu.Aku  popular dengan panggilan Nyet.Nana memanggil dengan panggilan itu sehingga sekarang tidak ada keterlupaan di fikirannya."Nyet" kau free tak malam nie.,kitaorg da buat jamuan perpisahan,kau nak ekot tak"Nana berbicara.Aku lantas menjawab..Nana, InsyaAllah Aku tidak dapat memberi kata sepatah dahulu.Kalau aku nak datang ada aku calling kau k Nana.(Dgn nada yang sedih).
Aku membelek-belek Album zaman persekolahan dahulu.sungguh melucukan dan mengasyikkan.Aku teringatkan zaman persekolahan aku.Terlintas rasanya di fikiran ku hendak membuat "reunion".Aku rindukan kawan2 aku dan aku rindukan Dia.Dia yang aku rindukan,Dia yang aku cintai,Dia yang aku sayangi tetapi dia juga yang melukai hati aku.Tapi itu kisah lama.Bukan kehendak Aku.
Waktu itu sesi persekolahan Menengah bermula.Begitu ramai para ibu-bapa yang mendaftarkan anak2 mereka di sekolah tersebut.Banyak juga anak2 yang menangis kerana tidak mahu tinggal di dalam asrama tetapi sebilangan nya mahu tinggal di asrama.Sebilangannya juga adalah pelajar harian.Aku ditempatkan oleh ibuku di sekolah Agama,di mana sekolah tersebut memberikan aku supaya berdikari sendiri,dan supaya aku menjadi anak yang berguna terhadap Agama ,bangsa dan Negara.Aku dihantar kesekolah tersebut kerana keputusan aku yang memuaskan.Aku mendapat keputusan UPSR 5A.Ibu dan bapaku sungguh gembira sekali.Aku anak yg pertama dalam keluarga.Ibu menangis melihat aku kerana dihantar ke sekolah itu tetapi dalam erti kata lain,Ibu tidak mahu meninggalkan anaknya.Ibu mana yang tak sayangkan anaknya.Bapakku menenangkan Ibuku.Aku memeluk Ibuku dengan erat sekali kerana hari itu adalah hari perpisahan buat aku dan keluarga aku.Ibu menitipkan wang syiling kepadaku,supaya senang aku membuat panggilan kepada Ibu nanti.Ibu memberiku Nasihat supaya aku belajar dengan bersungguh.Ibu juga berpesan kepada aku supaya jangan tinggal solat kerana solat itu adalah tiang agama.
Hari ini adalah penentuan bagiku untuk belajar rajin2 dan hari ini juga hari sesi orientasi bagi semua pelajar2 tingkatan 1.Orientasi ini dilancarkan hanya 1minggu dlm persekolahan.Ia adalah untuk mengeratkan silaturrahim,mengenali ramai kawan dan belajar berdikari.Aku dan kawan2 aku dan semua pelajar yang lain dikehendaki memakai nametag yang besar.sungguh malu di saat itu kerana dibuli oleh senior2 dr tgkatan 2 sampai 5.tetapi aku tidak menyimpan apa2 perasaan dendam kerana ibu berpesan kepadaku ,aku harus bersabar.Sabar itu adalah separuh dari iman.sehabisnya orientasi aku balik ke asrama aku,tetapi waktu itu aku tidak mempunyai kawan.Aku hanya seorang bersendiri.Ibu berpesan kepadaku cari lah kawan.aku mengingati pesan ibuku itu.Aku sebilik dengan 9 org pelajar yang berlainan bangsa.mereka kelihatan sombong2 belaka...
Hari kedua kami d orentasikan lagi.tetapi di pagi ini kami dibuli buat kali kedua.aku tidak mengindahkannya.kerana bagiku ia hanyalah sementara.Aku menggapai tualaku dan bangun dari tidurku dan hendak ke bilik mandi.Aku mencari selepar ku.ternyata selepar aku hilang di curi pelajar tingkatan satu..tetapi aku tidak tahu sapakah org tersebut.aku menangis teresak-esak.seorang pelajar yang sama sebilikkku mendekati ku.(Kenapa dgn awak)..Aku terus menangis dan berkata,selepar saya hilang.Dia pun memberitahu aku,sabarje lah k.ada hikmah d seblik kejadian ni.Hai nama saya Nurul nama Awak sape..Aku pun menjawab saya Ayu..Nurul pun ersalaman kepadaku salam perkenalan.
Hari demi hari sesi orientasi pun berakhir.Aku merasa sangat gembira.dan minggu ini adalah minggu balik kampung...

.........BERSAMBUNG.....