Ahad, 30 September 2012

Memoir Cinta Aku & Dia

Bloggers lama  tak jumpa...korg2 kat blogger jugak..korg apa khabar..dengar cerita korang dah semakin maju sekarang.aku jer yg ketingggalan zaman.sorry la aku bz dengan kerja ..kerja..dan kerja..itu memang lumrah kehidupan aku...

29.September 2012
Hari ini merupakan Hari yang bermakna buat aku.nak tahu kenapa ??jangan tertanya tanya hihi...hari ini adalah Hari ulang tahun aku yang ke 22.Hari demi hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan dan hari yang ku tunggu telah pun tiba.Aku menunggu jam berdetik berdetak.Genap pukul 12.00 tengah malam aku tunggu ucapan dari seseorang yang aku amat sayang tetapi hampa.Dia tidak mengucapkan kepada aku..Dari kawan2 aku juga,tetapi mereka pun tidak mengucap apa2 ubntukku.Takpe la.mungkin mereka sebok dgn pekerjaan mereka.Aku paham setiap manusia ada tanggungjawab masing2.


30 September 2012

................................


........................................................................................................................

              Sepupuku ajak aku jalan2 .Aku tak tau la plak boleh sekereta dengan "Dia".Aku dah lama dah melupakan "Dia" dalam sanubari aku.Aku tak sangka yang aku boleh sekereta dengan "Dia"."Dia yang aku cinta..Dia yang aku sayang..Aku tak terdetik untuk melupakan "Dia" tetapi suratan takdir telah memisahkan kami berdua lalu kami berpisah."Dia"duduk d]sebelah tunang nya.Didalam hati aku aku gembira tetapi di sudut lain pulak aku sedih.kenapa dan mengapa aku harus bertemu dengan "Dia" lagi.Aku dah sedaya upaya ingin melupakan segala memoir dalam ingatan ini tapi tatkala "Dia muncul di hadapan aku.aku bagaikan tiada terkata,aku kaku seperti orang kena rasuk.Haruskah aku merasakan perasaan seperti itu.Aku ingin menahan air mata ini tapi mengapa aku tidak dapat menahan nya.Aku tak ingin air mata ini gugur ke bumi.Aku tak ingin memalukan diri aku di hadapan nya.Aku Hanya mampu bersabar.Dalam kereta aku tak berani hendak menegurnya.Aku tak mau dianggap "muka tak malu" walaupun hati ini masih menyintainya,namun aku harus buang jauh2 rasa itu.Aku tak ingin mengenang nya lagi.Aku tak nak membuat kesalahan itu lagi.cukup lah hanya sekali aku melukai hatinya.dan aku sedia melepaskannya.

.............................................................................................................................................

              Aku tau tindakan aku dulu memang salah.tapi aku tak nak dia kecewa.Mungkin kerana aku jahat kepadanya."Dia" pasti tak ingin melihat diriku lagi.tetapi takdir telah menemukan aku dan dia buat yg terakhir kalinya.Aku mungkin tak dapat senyum padanya,tapi di dalam hati aku aku ingin senyum padanya.Aku tak layak untukknya.Mungkin inilah balasan yang Tuhan berikan padaku."MUNGKINKAH???"

         Dia Cinta Pertamaku Dan Dia jugalah Cinta terakhirku.Memang Aku pernah enyatakan cintaku padanya luahan hatiku padanya.Bagiku itu hanyalah cinta Monyet.Tapi bagi dirinya adalah tidak.Aku mengenalnya sejak dari kecil lagi.tetapi itu hanyalah di zaman kanak-kanak kami berdua.Aku masih ingat dahulu,Aku bermain bersama  "Dia".Ibuku dan Ibunya sangat rapat dahulu.Aku suka bermain dengannya.Pernah sekali Ibuku memberitahuku kisah zaman-zaman kecilku.Aku pernah bermain dengan "Dia"sampai-sampai Ibu "Dia" mencari "Dia".Puas mereka mencari Aku dan Dia,Rupa-rupanya "Dia" ku sembunyikan didalam Almari.Memoir kami berdua masih berlegar-legar di ingatan aku.Aku tidak aku melupakan Memoir itu.Ia sangat bermakna bagiku.Ia adalah kenagan manis Aku dan "Dia".

.............................................................................................
         Bercinta memang senang tetapi susah untuk kita melupakannya kerana cinta amat berharga bagi kita tetapi aku telah melanggar undang-undang cinta.Sememangnya cinta itu datangnya dari Hati yang ikhlas,yang jujur tetapi mengapa aku belum bisa mendapatkan cinta sejati.Aku belum lagi mendapatkan cinta yang sebenar.Mungkin benar apa yang "Dia"cakapkan dahulu.Aku tak berguna.Aku Hanya mampu berserah kepada Tuhan.Setiap kali aku kesedihan Aku menadah tangan dan berdoa.Adakah aku ini makhluk yang kejam atau tidak.Aku tidak mengerti apa yang aku inginkan.Apa yang aku cari selama ini aku masih belum temui.